Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau bilau perkauman pada hujung minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, ia ekoran beberapa rakaman audio palsu yang tular dan kononnya datang dari Bukit Aman.

“Rakaman audio yang mendakwa kononnya maklumat tersebut datangnya dari pihak polis di Bukit Aman turut meminta orang ramai membeli barang-barang keperluan seharian secukupnya bagi menghadapi situasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Mazlan, pihaknya menegaskan, berita berkenaan palsu dan bukan daripada pihaknya.

Ia jelas perbuatan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat menakut-nakutkan orang ramai.- MalaysiaGazette