Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

TEMERLOH – Hasil kajian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUMPEM) medapati lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil kajian yang dilakukan pada 2009 itu menggunakan tiga kaedah pengukuran bagi meembuat analisis dan keputusan tepat.

“Tiga kaedah pengukuran telah digunakan iaitu kaedah bentuk rupa bumi Semenanjung Malaysia, jisim Semenanjung Malaysia dan hitungan matematik.

“Saya sangat berbesar hati dengan kedudukan strategik Temerloh dan menyeru supaya semua pihak mengambil peluang untuk sama-sama membina potensi dan mencari peluang memajukan daerah ini,” katanya ketika berucap pada Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 (Penggantian), di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kedudukan titik tengah itu merupakan nilai tambah kepada Daerah Temerloh dalam menggerakkan pembangunan, sekaligus memacu ekonomi daripada pelbagai sektor. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

LPHP mudahkan rakyat Pahang miliki rumah

Murid tahun 3 boleh mohon Biasiswa Yayasan Pahang