Kanak Kanak berusia 5 tahun, Marwah, (dua barisan teratas) ditemui mati dirogol dibunuh dan dibakar dalam kejadian di Pakistan minggu lalu.Daily Times Pakistan

KARACHI – Seorang Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang Ahad lalu ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Mayat mangsa yang dikenalpasti sebagai Marwah ditemui dalam guni di kawasan Old Sabzi Mandi selepas dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di kawasan sama.

Daily Times Pakistan melaporkan kanak-kanak itu disyaki diculik sebelum diperkosa dan dibunuh kemudian dibakar.

Polis membawa mayat itu ke hospital berhampiran untuk proses bedah siasat sebelum mengesahkan mangsa diperkosa, dibunuh dan dibakar.

Laporan bedah siasat juga mendedahkan kanak-kanak itu diserang secara seksual dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Polis Karachi difahamkan telah mempergiatkan usaha memburu dan mengesan suspek yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Bapanya, Omar Sadiq berkata, anaknya itu meninggalkan rumah pada pagi Jumaat sebelum dilaporkan hilang.

Dia kemudian membuat laporan polis di PIB Colony.

Jurucakap polis berkata, kanak-kanak itu telah diculik dan dirogol serta dibakar sebelum mayatnya ditemui di tempat buangĀ  sampah di tanah terbiar di Old Sabzi Mandi.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki yang tinggal di hadapan rumah mangsa turut ditahan polis tidak jauh daripada tempat mayat mangsa ditemui untuk membantu siasatan.

Pengarah Hospital Jinnah, Seemi Jamali mengesahkan kanak-kanak tidak berdosa itu telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak di tempat buangan sampah.

Parti Rakyat Pakistan (PPP) menerusi Pengerusinya, Bilawal Bhutto Zardari berkata, pembunuh kanak-kanak itu wajar dibalas dengan hukuman berat.

“Perkara ini perlu disiasat segera dan kerajaan ini harus melakukan segala langkah untuk membantu keluarga mangsa.

Malah satu usul telah disegerakan di Parlimen Pakistan untuk membahaskan kejadian itu sebagai perkara yang perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan awam.

Walaupun Undang-Undang Penderaan Kanak-Kanak yang pertama telah diluluskan di negara berkenaan pada Mac 2020 dengan memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, kes rogol kanak-kanak masih tidak dapat dikawal.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seramai 15 juta kanak-kanak berusia antara 15 hingga 19 tahun di serata dunia dirogol manakala lebih sejuta kanak-kanak di Asia menjadi mangsa jenayah seksual.

Malah hampir 10 kes rogol dilaporkan di Pakistan setiap hari.

Majoriti kes penderaan kanak-kanak secara seksual tidak dilaporkan dalam media disebabkan stigma sosial. -MalaysiaGazette