Kasut berbatu rubi yang pernah dipakai Judy Garland telah ditemui selepas 13 tahun hilang. foto The Telegraph

WASHINGTON – Sepasang kasut dengan batu rubi yang pernah dipakai oleh Judy Garland di The Wizard of Oz ditemui selepas 13 tahun dicuri.

Kasut berkenaan dicuri dari sebuah muzium di Minnesota pada tahun 2005, selepas perompak itu memecah masuk melalui tingkap pada waktu malam.

Tiga pasang lagi kasut dengan batu rubi yang dipakai Garland dalam filem 1939 masih lagi ada.

Seorang penderma pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 juta bagi mendapatkan semula kasut berkenaan.

Walau bagaimanapun, ganjaran itu tamat pada ulang tahun ke-10 kehilangan kasut tersebut,

Pihak polis tidak menyatakan secara khusus penemuan kasut berkenaan.

Agen Biro Siasatan Persekutuan, Joan Sanborn berkata, siasatan kehilangan kasut itu masih disiasat dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat.

Kasut itu adalah barangan amat bernilai dalam sejarah perfileman Amerika Syarikat dan kasut itu telah diinsuranskan sebanyak AS$1 juta dan pakar mendakwa nilainya dua kali ganda pada hari ini. – MalaysiaGazette