Fatehah dan Anis Amira menaiki podium dan merangkul gangsa dalam acara Trek basikal wanita berpasukan Trek Asia 2020 yang membuka tirai semalam di Korea Selatan.Foto:Fatehah

KUALA LUMPUR – Ratu Trek Basikal Negara Fatehah Mustapa dan Anis Amira Rosidi berjaya mempamerkan kayuhan mantap apabila menyumbang gangsa untuk negara pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2020 di Korea Selatan yang membuka tirai secara rasmi semalam.

Gandingan mantap dua pelumba wanita trek basikal negara itu melakukan henjutan bertenaga dalam acara pecut berpasukan wanita di Veledrom Jingcheon Nasional Training Centre.

Dalam aksi penentuan pingat gangsa yang penuh berdebar itu, jaguh berpengalaman Fatehah dan Anis Amira merekodkan masa 34.792 saat.

Mereka telah menewaskan pasangan terkuat Hong Kong iaitu Cho Yin-Li Yin Yin yang mecatat masa 34.925 saat yang menamatkan saingan di tempat keempat sahaja.

Terdahulu Fatehah dan Anis mencatatkan masa 35.081 saat dan menduduki tempat ketuga daripada keseluruhan tujuh pasukan yang bertanding dalam pusingan kelayakan.

Fatehah dan Anis Amira bersama jurulatih kebangsaan selepas menang gangsa dalam acara brpasukan final di Trek Asia 2020 di Korea Selatan malam tadi.-Foto:Fatehah Mustapa

Pingat emas pula menjadi milik Chen Feifei-Zhang Linyin dari China dengan masa 33.423saat dan pingat Perak menjadi milik pelumba tuan rumah Korea Selatan iaitu KimSoohyun-Lee Hyejin yang mencatatkan masa 34.139saat.

Dalam status facebook peribadinya, Fatehah berkongsi kejayaan yang dinantikannya selama 17 tahun itu bersama Anis Amira dan beberapa keping gambar naik podium malam tadi.

Syukur Alhamdulillah,it was great day yesterday at the office..my very first time ever to be on podium in the team sprint event after almost 17years in the career..So proud with my sister here @anisrosidi she ride so well and more to more,Insyaallah..keep up the good work..doakan saya mlm nnt untuk 500m final.” katanya.

Fatehah menyifatkan ia sebagai kejayaan podium yang dinantikan selama 17 tahun di peringkat Asia dan trek basikal, sambil meminta rakyat berdoa untuk memungut pingat dalam satu lagi acara akhir kategori 500m di Velodrom berkenaan malam ini.-MalaysiaGazette