Foto Eurosport.

LONDON – Kelab kerdil, Sheriff Tiraspol mencipta kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara Juara (UCL) selepas kelab berasal dari Moldova itu menewaskan juara 13 kali, Real Madrid 2-1 di tempat lawan.

Beraksi di Santiago Bernabeu, Sheriff mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi gol Jasurbek Yakhshiboev yang menyaksikan Real bergelut untuk menjaringkan gol penyamaan.

Tuan rumah hanya mendapat satu pada separuh masa kedua menerusi penalti Karim Benzema.

Sheriff dilihat bertahan bermati-matian membawa pulang satu mata namun pasukan kerdil tersebut menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan menerusi Sebastian Thill menerusi separa voli yang cantik.

Lebih mengejutkan, Sheriff kini menjadi pendahulu kumpulan D di atas Real, Inter dan Shakhtar Donetsk. – Eurosport