Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 yang lulus dan status pembayaran adalah gagal kredit, boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) mulai 1 November 2020 sehingga 14 November 2020.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, pemohon perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette