Keadaan trafik mula bertambah menghala ke Lebuh Raya Pantai Timur pada jam 10.00 malam berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena menyambut hari raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. foto SYAFIQ AMBAK, 13 JUN 2018
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Suasana meriah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri Jumaat ini semakin terasa apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan sambutan lebaran bersama keluarga tersayang.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan ke arah utara dari Behrang menuju Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Terowong Menora menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak.

“Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), laluan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih terkawal kecuali kesesakan sejauh 11 kilometer selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.