Gelagat sekumpulan wanita bertudung Jalur Gemilang menunjukkan jari berdakwat kekal pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Kuala Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2020

SLIM RIVER – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz mendahului jauh di hadapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Slim berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi keputusan diperolehi di 45 daripada 55 saluran peti undi yang selesai dikira, Zaidi memperolehi 9,980 undi, manakala calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mendapat 1,622 undi dan S. Santharasekaran 219 undi.

BN kini mendapat majoriti 8,358 dengan baki 11 peti undi.

Ke semua 12 pusat mengundi melibatkan 54 saluran ditutup 5.30 petang tadi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya kedua berlangsung dalam normal baharu susulan pandemik Covid-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Nampaknya isu Najib yang dihukum penjara puluhan tahun TIDAK MEMBERI KESAN kepada pengundi2 aka rakyat SLIM yang bijak2!

    Syabas, kemenangan kali keberapa ni?

Comments are closed.