Kenderaan kerajaan negeri dilihat berada di sekitar kawasan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2019.

PRK RANTAU – Semasa berlangsungnya proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, lensa MalaysiaGazette tertumpu kepada dua buah kereta tertera tulisan ‘Kerajaan Negeri Sembilan’.

Hasil tinjauan wartawan mendapati kereta itu adalah milik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Sembilan dan seorang Exco Kerajaan Negeri.

Kereta Honda Accord itu diparkir kira-kira 50 meter daripada pusat penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan.

Pada PRK Cameron Highlands lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ada pihak melanggar undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya.

MGF30032019_KENDERAAN KERAJAAN NEGERI01
Kenderaan kerajaan negeri dilihat berada d isekitar kawasan Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2019.

Antaranya, pelanggaran itu termasuk penggunaan aset kerajaan yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah.

Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April, selepas Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan oleh SPR. -MalaysiaGazette