Tuesday, April 23, 2024
Home Seni Hidup Kerja amal Manhajj Mutawwif

Kerja amal Manhajj Mutawwif

Manhajj Mutawwif telah menganjurkan sebuah program yang bertemakan Manhajj Menelusuri Desa di Kampung Cherengin, Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Mutawif adalah orang penting yang mengajar dan membantu jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Mekah.

Sebelum ini, mutawif lebih dikenali melalui pembabitan guru agama atau ustaz kerana mempunyai lebih banyak pengalaman dan selok-belok semasa menunaikan umrah.

IMG_3892
Gotong-royong menyediakan juadah makan tengahari.

Usaha melahirkan golongan muda sebagai mutawif kini menjadi trend dalam kalangan agensi pelancongan umrah sejak akhir-akhir ini. Langkah ini memberi peluang kepada generasi baharu untuk membantu jemaah umrah.

Dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sebuah pusat melahirkan mutawif yang berilmu, Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) muncul bagi menyediakan platform kepada golongan muda yang berminat dalam kerjaya itu.

Bagi syarikat yang menjalankan pelbagai bisnes itu, mereka mencari mutawif yang bertaraf antarabangsa yang mampu menyelesaikan masalah jemaah dan memberi perkhidmatan terbaik.

MGF27082018_TEMUBUAL MANHAJJ MUTAWWIF06
Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Mutawwif, Abd Halim Ikhsan bergambar di pejabatnya Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 28 OGOS 2018.

Malah Manhajj Mutawwif juga ingin melahirkan golongan itu yang mampu berbakti kepada masyarakat.

Justeru, sebuah program yang bertemakan Manhajj Menelusuri Desa dianjurkan di Kampung Cherengin, Janda Baik, Pahang minggu lalu sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Ikhsan berkata, tujuan program itu juga adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara semua kakitangan, pelajar praktikal dan ahli-ahli keluarga Manhajj Mutawwif serta peserta kursus mutawwif anjuran mereka selaman ini.

IMG_3909
aktiviti yang dijalankan sebagai salah satu tanggungjawab khidmat bakti kepada masyarakat.

“Antara pengisian dalam khidmat bakti masyarakat ini meliputi aktiviti kerohanian dan sukaneka yang menarik berbentuk ilmiah serta khidmat masyarakat yang melibatkan penduduk kampung yang tertumpu kepada membersihkan kawasan perkuburan di kampung tersebut.

“Aktiviti yang julung kali diadakan ini juga merupakan medium bagi Manhajj Mutawwif untuk mendekati masyarakat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Seramai 45 orang menyertai program Manhajj Menelusuri Desa yang diadakan selama dua hari.

IMG_3992
Aktiviti senamrobik.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah persembahan berkumpulan, qiamulail, solat berjemaah dan senamrobik

Aktiviti kemuncak adalah gotong-royong membersihkan Masjid Abu Bakar dan kawasan kubur serta menyediakan masakan tengahari.

Sementara itu, Manhajj Mutawwif yang ditubuhkan sejak tiga bulan lalu merupakan satu-satunya agensi umrah di Malaysia yang mempunyai jabatan produksi apabila telah sebelum ini menerbitkan program realiti televisyen dikenali Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis pada Mac lalu.

Program yang berunsur dakwah itu bertujuan mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

IMG_4350
Tugasan berkumpulan.

Pada akhir tahun ini, Manhajj Mutaawwif akan membawa lebih 700 jemaah umrah termasuk dari luar negara melibatkan negara Indonesia, Brunei dan Singapura.

Ketika ini, pakej umrah yang ditawarkan bermula RM5,490 hingga RM7,690.

Maklumat lanjut boleh layari Manhajj Mutawwif di Facebook (facebook.com/manhajjmutawwif) dan Instagram. – MalaysiaGazette