Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti  menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,532 hari ini.

Jumlah kluster yang aktif pula menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah sebanyak 788.

Katanya, penularan tempat kerja masih menjadi kluster paling banyak iaitu 10 kesemuanya.

Empat di Selangor (Kluster Tapak Bina Jalan Gamuda Satu; Kluster Industri Serendah Indah, Kluster Industri SS13 dan Kluster Industri Cheras Jalan Tiga.

Satu kluster tempat kerja di Sarawak (Kluster Jalan Tanjung Kidurong Tiga); satu kluster di Johor (Kluster Jalan Wawasan Empat) dan satu di Pulau Pinang (Kluster Jalan Song Ban Kheng.

Masing-masing satu di Melaka (Kluster Jalan Tun Fatimah); Pulau Pinang dan Kedah (Kluster Solok Perusahaan Satu) dan Kluster Jalan Intan di Perak, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, terdapat lima penularan komuniti melibatkan Sarawak (dua kluster) dan satu di Sabah, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Tambahnya, empat lagi merupakan kluster berisiko tinggi di Selangor (dua kluster) dan satu masing-masing di Kuala Lumpur dan Johor.

Dalam pada itu beliau hari ini turut mengumumkan penamatan 1,744 kluster.-MalaysiaGazette