LONDON – Presiden Majlis Eropah, Donald Trusk telah mencadangkan agar Kesatuan Eropah meluluskan Brexit pada sidang kemuncak yang diadakan pada hari Ahad.

Cadangan itu dibuat selepas Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menerima jaminan daripada kerajaan United Kingdom berhubung Gibraltar (wilayah luar British) dan menarik balik ancaman untuk boikot sidang kemuncak itu.

Jaminan mengenai peranan Sepanyol dalam wilayah British itu diterima secara bertulis

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May telah tiba di Brussels untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kesatuan Eropah menjelang sidang kemuncak.

Bekas Setiausaha Luar United Kingdom, Boris Johnson berkata, negara itu akan menjadi ‘negara satelit’ selepas rundingan tersebut.

United Kingdom dijadual meninggalkan Kesatuan Eropah pada 29 Mac tahun depan.

Terma-terma kedudukan United Kingdom yang terkeluar dari Kesatuan Eropah dirundingkan sejak Jun 2016 susulan referendum yang menyaksikan 51.9 peratus penduduk mahu keluar daripada gabungan itu.

Walaupun Kesatuan Eropah meluluskannya, ia masih perlu mendapat kelulusan Parlimen United Kingdom yang menyaksikan kebanyakan Ahli Parlimen menentang. – MalaysiaGazette