Kesan darah kes kematian Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh ditikam adik di Taman Bunga Sejati, Seremban. pagi tadi.

SEREMBAN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Rantau di Negeri Sembilan maut selepas ditikam adik lelakinya sendiri di Taman Bunga Sejati dekat sini hari ini.

Mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, ditikam beberapa kali oleh adiknya yang berusia 31 tahun semasa bertengkar sesama mereka di Taman Bunga Sejati.

Mangsa dikatakan ditikam menggunakan pisau dibahagian belakang badan dalam kejadian pukul 8.05 minit pagi itu.

Selepas kejadian itu disedari beberapa jiran penduduk berjaya menangkap suspek yang juga juga seorang penganggur.

Penduduk kemudian berjaya menangkap suspek sementara mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dalam satu kenyataan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette