Kimi Raikkonen
Rikkonen akan menyertai Sauber di akhir tahun ini.

FINLAND – Kimi Raikkonen akan meninggalkan pasukan Formula Satu (F1) Ferrari dan kembali ke Sauber pada akhir musim ini.

Bekas juara dunia berusia 38 tahun yang berasal dari Finland itu akan digantikan oleh pemandu Sauber berusia 20 tahun, Charles Leclerc.

Leclerc akan berganding dengan Sebastian Vettel dalam Ferrari bermula musim 2019.

Raikkonen menghabiskan lima musim bersama pasukan Skuderia yang berpengkalan di Itali itu.

BBC Sports melaporkan bahawa Raikkonan menandatangani kontrak dua tahun bersama Sauber.

Raikkonen membuat penampilan julung kali dalam F1 bersama Sauber pada 2001.

Leclerc
Leclerc pelumba muda F1 berusia 20 tahun dari Sauber akan menyertai Ferrari mengantikan Kimi Raikkonen akhir tahun ini

“Saya rasa sangat baik dan teruja akan kembali ke pasukan asal bermulanya karier saya dalam F1,” kata pelumba itu dalam instagram miliknya.

Raikkonen merupakan pelumba terakhir Ferrari yang menjulang gelaran dunia pada 2007 sebelum berehat selama dua tahun pada 2010.

Dia kembali ke F1 bersama pasukan Lotus pada 2012 sebelum menyertai Ferrari pada 2014.

Setakat ini Raikkonen berjaya menang 20 grand prix dan menaiki podium sebanyak 200 kali dalam kariernya.

Prinsipal pasukan Ferrari Maurizio Arrivabene berkata:” sumbangan Kimi kepada pasukan dan juga sebagai pemandu adalah sangat menakjubkan.

“Dia memainkan peranan utama dalam pembangunan pasukan Ferrari selama ini.

Leclerc dilihat sebagai bintang harapan Ferrari untuk menyinar pada mada hadapan.

“Impian menjadi kenyataan (sertai Ferrari),” katanya yang merupakan ahli akademi pemandu Ferrari itu dalam akaun twitter peribadinya semalam.- MalaysiaGazette