UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.
UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.
PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana lebih RM100 juta untuk program rakyat miskin.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau difahamkan kes tersebut melibatkan kes lama.

“Walau kes ini merupakan kes lama, mungkin failnya masih berada di KKLW. Jadi jika SPRM perlukan fail itu dan sebagainya kita akan serahkan. Apa saja yang diperlukan SPRM kita (KKLW) akan berikan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut laporan media, lebih RM100 juta dana program untuk rakyat miskin diseleweng oleh pegawai kementerian yang bersekongkol dengan 10 syarikat. Antara peruntukan projek yang diseleweng ialah untuk program bantuan makanan pelajar miskin.

Dilaporkan susulan siasatan yang dijalankan, SPRM membekukan sembilan akaun bank bernilai RM151 juta.

Terdahulu Ismail Sabri hadir pada penyampaian sumbangan warga dan agensi di bawah kementeriannya berjumlah RM230,000 kepada waris mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat pada14 Sept lalu.

Katanya beliau tersentuh dengan tragedi itu kerana mengenali pelajar tahfiz terbabit secara peribadi.

“Saya pernah makan dan berbuka puasa dengan mereka,” katanya.

Dalam tragedi 5.15 pagi itu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden asrama terkorban akibat terperangkap di dalam asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan.

— BERNAMA