Khalid Samad

KUALA LUMPUR –  Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bertekad  untuk memastikan pasukan itu berada pada kedudukan teratas dalam Liga Primier seterusnya melayakkan diri untuk bersaing di Liga Super.

Khalid Samad berkata, KLFA tidak boleh selesa di Liga Perdana dalam waktu yang lama, justeru beliau mengingatkan pasukan itu berusaha melayakkan diri ke Liga Super pada tahun depan.

Khalid berkata, KLFA perlu melayakkan diri untuk berentap di peringkat Liga Super pada tahun depan.

“Target KLFA 2020 bertekad berada di kedudukan teratas dalam saingan liga primeir untuk layak kembali bersaing Liga Super dalam 2021,” katanya ketika menyampaikan ucapan Majlis Pelancaran dan Pengenalan Pasukan di Pavilion hari ini.

Mengulas lanjut Khalid yang juga Menteri  Wilayah Persekutuan berkata, banyak perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh KLFA untuk memastikan pasukan itu layak ke peringkat seterusnya antaranya kualiti permainan, prestasi pemain selain aspek pengurusan yang mantap.

Menyedari pembangunan KLFA memerlukan masa namun kegemilangan pasukan itu tidak mustahil untuk kembali bersinar sebelum ini dengan adanya komitmen dan usaha yang berterusan.

“Semua ini kita lakukan dengan harapan dalam tempoh tiga tahun kita boleh tingkatkan kualiti bola sepak KL sehingga kita kembalikan kegemilangan bola sepak Kuala Lumpur seperti mana yang kita selalu sebut.

“Kita faham ini bukan satu usaha yang jangka masa pendek, tetapi memerlukan perancangan, komitmen, kesungguhan, ilmu dan pengalaman.

“Inilah yang kita cuba adunkan dalam pasukan kita untuk membangunkan kualiti bola sepak KLFA,” katanya lagi. -MalaysiaGazette