KUALA LUMPUR – Kontrak hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lengang pada minggu depan berikutan kekurangan minat belian.

Pasaran itu tidak diniagakan sepanjang minggu yang baru berakhir dengan kepentingan terbuka dan jumlah dagangan kekal sifar.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga penyelesaian untuk kontrak Ogos 2018, September 2018, Oktober 2018 dan Disember 2018 kesemuanya ditambat pada 96.27.

Asas tiga bulan KLIBOR pula tidak berubah daripada 3.69 peratus yang dicatat pada minggu lepas. — BERNAMA