Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd. (Kojadi) berjaya memberikan RM224 juta pinjaman pendidikan kepada lebih 12,000 pelajar setakat ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai berkata, langkah Kojadi itu telah membuka ruang yang besar kepada golongan muda untuk meneruskan pendidikan ke lebih yang lebih tinggi

Kojadi juga katanya semakin mengembangkan fungsi untuk membantu komuniti berkaitan perniagaan untuk mendapatkan pinjaman kredit, Transformasi Peruncit Kecil (Tukar) dan program Memodenkan Bengkel Automotif (Atom).

“Sejak diperkenalkan semula pada 2015, Skim Pinjaman PKS telah memberi manfaat kepada lebih 500 usahawan dalam pelbagai sektor dengan jumlah pinjaman diluluskan sebanyak RM98.15 juta,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 Kojadi di sini hari ini.

Tambah, Tiong Lai, Kojadi juga berjaya mengekalkan rekod hutang lapuk (NPL) yang rendah bagi portfolio PKS.- MalaysiaGazette