Kim Jong-un terlibat memantau ujian peluru berpandu Korea Utara. foto Agensi

SEOUL – Korea Selatan mendakwa Korea Utara sedang bersiap sedia untuk melancarkan lebih banyak ujian peluru berpandu termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Pegawai-pegawai pertahanan telah diberi taklimat di Parlimen Seoul selepas Korea Utara mengadakan ujian bom nuklear semalam.

Korea Selatan pula memberi maklum balas ujian itu dengan latihan dua roket di darat dan di udara.

Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa sebarang ancaman kepada diri negara itu atau sekutunya akan dibalas dengan tindakan tentera yang besar.

Korea Utara pula menyatakan ujian bom hidrogen boleh dilakukan dengan peluru berpandu jarak jauh.

Pyongyang telah berulang kali menentang sekatan PBB dan tekanan antarabangsa dengan membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu ujiandan provokasi dipergiatkan.

Dalam tempoh dua bulan yang lalu, ia telah menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua, dengan melintasi Jepun ke Lautan Pasifik.

Pyongyang uga mengancam untuk melancarkan peluru berpandu ke arah wilayah Amerika Syarikat di Guam. – MalaysiaGazette