Kren gergasi yang runtuh di Masjidil Haram tahun lalu dikendalikan oleh Kumpulan Binladen.

Kren gergasi yang runtuh di Masjidil Haram di Mekah pada September 2015 yang mengorbankan 110 jemaah haji dan mencederakan 260 orang beroperasi tanpa lesen, seorang jurutera memberitahu Mahkamah Jeddah.

Jurutera itu adalah salah seorang daripada 14 defendan daripada kumpulan Binladen.

Kumpulan itu terlibat dalam projek pembesaran Masjidil Haram, yang memiliki dan mengendalikan kren terbabit.

Defendan juga berkata, kebanyakan pekerja di tapak tidak mempunyai pengetahuan berhubung buku manual yang menjelaskan kaedah operasi kren tersebut.

“Sesetengah daripada mereka tidak tahu apa-apa tentang kewujudan buku itu,” katanya.

Mahkamah akan bersidang pada Khamis di ibu pejabat barunya di Mekah untuk membuat keputusan mengenai bantahan defendan kepada pihak berkuasa dalam kes itu.

Defendan berkata, Majlis Pertahanan Awam (CDC) yang merupakan badan yang sah untuk meneliti kes tersebut dan bukan mahkamah.

Setakat ini mahkamah telah mengadakan empat sesi, yang mana ia meneliti tiga bidang kertas yang mengandungi lebih daripada 2,500 muka surat mengenai kes itu.

Menurut sumber, mahkamah dimaklumkan defendan menghadapi beberapa tuduhan termasuk pelanggaran peraturan keselamatan, kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada ramai orang.

Beberapa peguam berkata, di bawah sistem CDC, hukuman bagi kecuaian adalah mengikut budi bicara yang mungkin menjadi satu istilah dengan maksimum penjara selamaenam bulan, denda tidak melebihi SR30,000 atau kedua-duanya sekali. – Saudi Gazette