Dr Muhamad Akmal Saleh Pulau Gadong Covid-19 cluster Melaka state election tahfiz centre madrasah Kolej Vokasional Melaka Tengah Covid-19 cluster Jalan Tun Telani Cluster students vocational college HFMD hand foot and mouth disease infectious
Dr Muhamad Akmal Saleh

MELAKA – Melaka bakal mempunyai sebuah Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) dengan pembinaannya dijangka dimulakan tiga tahun lagi.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-Merlimau) berkata, kompleks yang dibina di kawasan Kolej Kejururawatan Melaka itu telah pun diluluskan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, status pembinaan projek itu juga kini di peringkat kelulusan bajet di bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

“Kita jangkakan KRIBA ini akan memulakan pembinaannya pada 2025 dan mula beroperasi pada 2030 namun kita akan minta agar projek ini dapat diawalkan sedikit.

“Apabila kompleks ini siap, kita akan ada pertambahan 476 katil yang dikhaskan untuk golongan wanita dan kanak-kanak dan ini akan dapat kurangkan lagi kesesakan di Hospital Melaka sementara menunggu kelulusan cadangan pembinaan hospital baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Lim Ban Hong (MCA-Klebang) pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Bang Hong meminta penjelasan Ketua Menteri adakah kerajaan negeri akan mempercepatkan pembinaan hospital besar baharu di Melaka memandangkan pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang semakin bertambah. – MalaysiaGazette