Lebih 30 pengamal media dari Berita Harian, Bernama, RTM, TV3, Kosmo, New Straits Times, Astro Awani, Malaysia Gazette hadir pada Majlis Malam Apresiasi Bersama Media 2023 di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan media diharap dapat memperkukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya menganjurkan Majlis Malam Apresiasi Bersama Media 2023 buat julung kalinya.

“Objektif utama majlis adalah bagi meraikan dan menghargai media yang seringkali melaporkan aktiviti-aktiviti serta peranan KTMB sebagai pengendali pengangkutan rel di negara ini.

“KTMB menyedari betapa pentingnya peranan media dalam menyampaikan informasi dan mempromosikan perkhidmatan kami kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, lebih 30 pengamal media dari Berita Harian, Bernama, RTM, TV3, Kosmo, New Straits Times, Astro Awani, Malaysia Gazette hadir pada Majlis Malam Apresiasi Bersama Media 2023 di IDEAS Hotel.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Cabutan Bertuah, Spin the Wheel dan Peragaan Pakaian Terbaik. Pemenang-pemenang membawa pulang barangan elektrik, hamper dan produk-produk keluaran Rail Boutique KTMB. – MalaysiaGazette