Sebahagian penganut agama hindu yang berkunjung menikmati minum petang di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.

SUBANG JAYA  – Walaupun situasi di Kuil Sri Maha Mariamman tenang daripada perusuh semenjak pagi tadi namun masih mendapat perhatian sebilangan penganutnya. 

Sebanyak lebih kurang 50 penganut hindu yang berada di sini berbanding tengah hari tadi yang jumlahnya kurang.

Anggota polis sentiasa berada di kawasan ini  mengawal ketat keadaan sejak kejadian.

Turut kelihatan Unit Forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas di kawasan kuil.

MGF28112018_Kuil Sri Maha Mariamman_37
Kelihatan anggota Polis Unit Forensik menggunakan kamera pengimbas 3D bagi siasatan lanjut susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.

Semalam, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara sekumpulan pemuda yang ditangkap polis kerana enggan bersurai dari kuil.

Salah seorang pemuda ditahan polis merupakan pelajar SPM yang akan menduduki kertas agama Islam pada pagi ini.-MalaysiaGazette