Home Dunia Kuwait Airways berhak tolak penumpang Israel

Kuwait Airways berhak tolak penumpang Israel

BERLIN – Mahkamah Jerman memutuskan Kuwait Airways berhak untuk menolak membawa warga Israel dalam syarikat penerbangannya.

Keputusan itu mendapat bantahan kelompok Yahudi dan yang lain, berpendapat mahkamah tersebut telah mengizinkan anti-Semitisme.

Kuwait Airways membatalkan tiket penumpang untuk penerbangan dari Frankfurt ke Bangkok.

Mahkamah Frankfurt berkata, syarikat penerbangan itu menghormati undang-undang Kuwait, yang tidak mengiktiraf Israel.

Mahkamah itu berkata, ia tidak dapat memerintah undang-undang Kuwait dan undang-undang Jerman pula hanya meliputi diskriminasi atas dasar bangsa, etnik atau agama – bukan kewarganegaraan.

Nathan Gelbart, peguam yang mewakili penumpang Israel berkata, keputusan itu memalukan untuk demokrasi dan Jerman secara umum”.

“Keputusan tersebut tidak dapat bertahan,” katanya kerana penumpang terlibat akan membuat rayuan. – MalaysiaGazette