KUALA LUMPUR – Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, lagu-lagu raya pasti berkumandang bagi memeriahkan perayaan yang diraikan selepas sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa.

Di laman sosial Facebook pula, sebuah lagu yang dikatakan lagu raya pertama dihasilkan di tanah Melayu mula dikongsikan.

Lagu yang dikatakan dicipta pada tahun 1936 itu dicipta oleh Tengku Alibasha Che Ara Bangsawan dan dinyanyikan oleh Miss Aminah.
Walau bagaimanapun, hasil carian melalui laman-laman sesawang, tiada rekod tepat berkenaan lagu raya pertama di Tanah Melayu atau negara ini secara khusus.
Berikut merupakan lirik lagu yang betajuk Selamat Hari Raya berkenaan:
Selamat hari raya, sayalah ucapkan
kepada ibu bapa saudara sekalian, 
kaumlah kerabat hai handai dan taulan,
tualah dan muda laki-laki perempuan,
permulaan syawal, hari yang mulia aidilfitri
penutup bulan puasa
pintu terbuka untuk menebuskan dosa
paling utama bagi sesama manusia
uma puji yang sudah terbanyak ampun dan maaf
sekarang diminta supayalah azab kubur hai jangan lah menyesak
selamatlah kita di akhiratNyalah kelak
wahai muslimin sudahlah hai wangi
wahai muslimin sudahla hai wangi
mendoalah kita kepada Rabbal Illahi
mendoalah kita kepada Rabbal Illahi
dipanjangkan umur dimurah rezeki
dipanjangkan umur dimurah rezeki
tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi
tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi
-MalaysiaGazette