Home Dunia Lampu asap menyala, pesawat Etihad mendarat cemas

Lampu asap menyala, pesawat Etihad mendarat cemas

ADELAIDE – Pesawat Etihad yang dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Sydney telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Adelaide selepas penggera diaktifkan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi AEDT selepas lampu amaran asap menyala di kokpit.

Semasa kejadian itu terdapat 349 orang penumpang berada dalam pesawat berkenaan.

“Penerbangan Etihad Airways EY450 … dialihkan ke Lapangan Terbang Adelaide berikutan kesilapan teknikal,” menurut Etihad Airlines dalam kenyataannya.

Para penumpang pesawat tersebut kemudian dipindahkan dengan pesawat-pesawat lain. – MalaysiaGazette