Lapangan Terbang Abha, Arab Saudi. foto Agensi

RIYADH – Pergerakan Houth melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Abha di selatan Arab Saudi menyebabkan seorang terkorban dan tujuh lagi cedera, menurut gabungan yang dipimpin Arab Saudi dalam memerangi kumpulan itu di Yaman,

Stesen televisyen Al-Masirah TV milik Houthi sebelum ini mengatakan bahawa ia telah mensasarkan lapangan terbang itu dan Jizan dengan serangan dron.

“Serangan pengganas oleh pemberontak Houthi yang disokong Iran disasarkan lapangan terbang Abha, membunuh penduduk Syria dan mencederakan tujuh orang awam,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di televisyen Arab Saudi.

Tetapi laporan itu tidak mengesahkan serangan di Lapangan Terbang Jizan.

Stesen televisyen Al Arabiya berkata, dron itu menyerang tempat letak kenderaan di lapangan terbang tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer utara sempadan Yaman.

Lapangan terbang Abha menawarkan perkhidmatan kepada laluan domestik dan serantau.

Menurut media itu lagi, penerbangan yang ditangguhkan telah beroperasi semula.

Serangan sama di lapangan terbang itu pada awal bulan ini telah menyebabkan 26 orang cedera.

Gabungan-gabungan Sunni Muslim yang diketuai oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah campur tangan di Yaman pada tahun 2015 dalam usaha cuba memulihkan kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang digulingkan di Sanaa oleh Houthis pada akhir 2014.

Houthis yang bersekutu dengan Iran telah meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron ke bandar-bandar di Arab Saudi pada bulan lalu di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara Iran dan negara-negara Teluk Arab yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette