KUALA LUMPUR – Susur masuk Jalan Tun Razak Utara (JTR 4) dan susur keluar Jalan Kerja Air Lama (JKAL) di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup untuk kerja-kerja penurapan jalan.

Menurut kenyataan Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) hari ini, syarikat itu menasihati pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif jika melalui kedua-dua jalan, susur masuk JTR 4 dan susur keluar JKAL.

Susur keluar JKAL akan ditutup dari 9.30 malam (6 Sept) hingga 7.30 pagi (7 Sept) dan pengguna boleh gunakan jalan alternatif ke JKAL melalui susur keluar Jalan Memanda 9, manakala susur masuk JTR 4 ditutup dari 9.30 malam (7 Sept) hingga 7.30 pagi (8 Sept) dan pengguna boleh gunakan jalan alternatif ke Ampang melalui Jalan Tun Razak (utara) kemudian buat pusingan U di Bulatan Pahang ke Jalan Tun Razak (selatan) ke AKLEH.

Pengguna AKLEH boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik atau maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com,my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012. – MalaysiaGazette