Home Ekonomi Lego buang 1,400 pekerja

Lego buang 1,400 pekerja

COPENHAGEN – Lego akan mengurangkan 1,400 pekerja berikutan penurunan jualan dan keuntungan.

Jumlah pengurangan itu melibatkan 8.0 peratus daripada 18,200 orang keseluruhan kakitangannya.

Lego berkata, pendapatan separuh pertamanya susut 5.0 peratus kepada AS$1.3 bilion, keuntungannya jatuh sebanyak 3.0 peratus.

Katanya, syarikat permainan itu perlu mengurangkan pekerjanya kerana perniagaan semakin kompleks dan perlu dilakukan secara berbeza.

Pengerusi Lego, Jorgen Vig Knudstorp berkata, kumpulan itu telah menjadi “organisasi yang semakin kompleks” berikutan pertumbuhan global dua angka dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Syarikat itu telah meningkatkan jualan di pasaran baru, terutamanya di Asia.

Lego berkata, jualannya di Amerika Syarikat dan Eropah telah menurun walaupun telah berusaha meningkatkan momentum.

Walaupun pertumbuhan dua digit di China tetapi masih ada peluang kenaikan lebih besar.

Vig Knudstorp berkata: “Kami kecewa dengan penurunan hasil dalam pasaran kukuh dan telah mengambil langkah untuk menangani masalah ini.”

Ia juga telah mempelbagaikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang paling menarik dalam satu siri filem Lego, filem terbaru Batman yang digambarkan oleh tokoh Lego.

Lego telah menjadi pembuat permainan kanak-kanak terbesar di dunia, mengatasi Play-Doh dan Mattel dengan jualan sekitar 1.4 bilion pound.

Pemberhentian pekerja itu akan dilaksanakan pada akhir tahun ini. – MalaysiaGazette