Home Dunia Letusan Gunung Agung: Amaran merah kepada syarikat penerbangan

Letusan Gunung Agung: Amaran merah kepada syarikat penerbangan

Debu tebal daripada letusan Gunung Agung di Bali. foto AFP

BALI – Amaran merah telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat penerbangan berikutan letusan Gunung Agung, yang debunya mencecah 4,000 meter.

Ia merupakan pelepasan utama kali kedua pada minggu ini menyebabkan jadual penerbangan terganggu.

Amaran merah itu bermakna letusan seterusnya dijangka berlaku dengan pelepasan asid besar.

Pihak berkuasa telah mula mengedarkan topeng muka.

Bali adalah destinasi utama pelancongan, meskipun resort-resort utama Kuta dan Seminyak terletak kira-kira 70 kilometer daripada Gunung Agung.

Lapangan terbang utama masih beroperasi secara normal tetapi beberapa syarikat penerbangan telah menundakan jadual mereka.

Debu gunung berapi boleh menjejaskan enjin pesawat.

Pelancongan di Bali masih selamat, kecuali di zon bahaya sekitar Gunung Agung,” kata menurut satu kenyataan Agensi Bencana Indonesia.

Penduduk di zon pengecualian yang terletak kira-kira 7.5 kilometer telah diarah segera berpindah. – MalaysiaGazette