Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

TRIPOLI – Tripoli dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, mengumumkan kerajaan sementara negara itu akan melarang rakyat Amerika Syarikat (AS) memasuki Libya.

Tindakan berkenaan sebagai tindak balas keputusan Presiden Donald Trump melarang warga Libya memasuki AS, lapor agensi berita China Xinhua.

Kerajaan sementara itu menyifatkan langkah Trump sebagai meningkatkan lagi ketegangan yang disasarkan ke atas rakyat Libya.

Libya turut menuduh AS meletakkan warganya sama seperti pengganas, kumpulan yang diperangi tentera negara itu dengan sokongan rakyat.

Kedutaan AS di Libya pada Isnin mengumumkan bahawa kemasukan rakyat Libya ke AS digantung atas alasan keselamatan.- BERNAMA