Jesse Lingard. Foto Sky Sports.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain tengah Manchester United dan England, Jesse Lingard  mahu ‘menikmati permainan bola sepak semula’ selepas menandatangani kontrak bersama kelab Korea Selatan, FC Seoul hari ini.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan Nottingham Forest selepas kontraknya berakhir pada musim panas lalu.

Lingard hanya bermain 20 kali dalam semua pertandingan bersama Forest dan hanya beraksi empat kali pada 2023. – Agensi