Sejumlah beras Penonton lumba haram di 'litar' MRR2 yang berkumpul beramai-ramai malam buta pagi ini berjaya dikepung dan ditahan oleh polis daerah Gombak dan dikompaun.gambar ihsan Polis Trafik IPD Gombak.

KUALA LUMPUR – Polis menggempur bahagian luar sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Melati, Gombak, di sini, yang menjadi lokasi penonton lumba haram berkumpul pada awal pagi ini.

Serbuan pada jam 2 pagi itu dilakukan selepas Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mengepung dan menyekat laluan masuk dan keluar ke stesen minyak berkenaan.

Malah terdapat penonton membawa isteri yang sarat mengandung.

Sejumlah beras Penonton lumba haram di ‘litar’ MRR2 yang berkumpul beramai-ramai malam buta pagi ini berjaya dikepung dan ditahan oleh polis daerah Gombak dan dikompaun.gambar ihsan Polis Trafik IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan ke lokasi itu dibuat selepas risikan yang dilakukan pihaknya sejak seminggu lalu mendapati kawasan itu menjadi tumpuan aktiviti lumba haram serta tumpuan penonton dalam kalangan remaja.

“Selepas melakukan pemantauan tengah malam tadi dan mendapati ramai penonton berkumpul, BSPT Gombak dengan dibantu anggota bahagian lain IPD Gombak, diketuai Asisten Superintendan Fahmmi Mohd Hasmi, telah berjaya mengepung kawasan itu.

“Para penonton lumba di litar MRR2 itu telah terperangkap dan tidak dapat lari membawa keluar kenderaan mereka.

“Ia sekaligus membolehkan pihak polis berjaya menahan seramai 95 individu awam membabitkan pemilik dan penumpang 16 kereta dan 53 motosikal,” katanya sambil menambah operasi tersebut tamat pada jam 4 pagi.

Jelasnya, mereka yang ditahan dibawa ke dalam sebuah stesen minyak untuk proses dokumentasi dan saman berikutan hujan lebat pada jam 2.45 pagi.

Tambah Zainal Mohamed, terdapat juga penonton cuba melarikan diri ke seberang lebuh raya itu namun usaha mereka gagal apabila diberkas anggota penguatkuasa.

Sejumlah beras Penonton lumba haram di ‘litar’ MRR2 yang berkumpul beramai-ramai malam buta pagi ini berjaya dikepung dan ditahan oleh polis daerah Gombak dan dikompaun.gambar ihsan Polis Trafik IPD Gombak.

“Tujuan utama kita adalah menghentikan aktiviti lumba haram dan aksi merbahaya seperti ini selain mengelakkan orang awam daripada berkumpul beramai-ramai menyaksikan aktiviti tidak berfaedah ini selain memutuskan rantaian penularan Covid-19,” katanya.

Menurut Zainal Mohamed, dalam operasi itu polis telah menahan dan memeriksa 69 kenderaan dan mengeluarkan saman dan kompaun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas penonton kerana berkumpul beramai-ramai sehingga mencetuskan risiko penularan Covid-19. – MalaysiaGazette