GOLESTAN – Lebih daripada 50 pelombong terperangkap selepas berlaku letupan di lombong arang batu dekat sini.

Ia berlaku di lombong Zemestan-Yurt di wilayah utara.

Dua mangsa dilaporkan maut dan 25 lagi orang cedera.

Jurucakap pasukan kecemasan berkata, seramai 16 orang berjaya menyelamat diri.

Beberapa laporan berkata, insiden itu berlaku selepas berlaku letupan gas, kemungkinan sesorang cuba menghidupkan engin lori.

Operasi menyelamat telah terjejas oleh kebimbangan kebocoran gas dalam terowong, agensi berita AFP memetik seorang pegawai sebagai berkata.

Pirhossein Koulivand berkata, 12 pelombong tidak mengalami sebarang kecederaan dan empat lagi yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Media kerajaan berkata, lombong itu mempunyai 500 pekerja dan letupan berlaku kira-kira 12:45 waktu tempatan (09:45 GMT).

Iran menghasilkan 1.68 juta tan arang batu pada 2016, kebanyakannya digunakan untuk keperluan domestik. – MalaysiaGazette