Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Nada sinis dipamerkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berhubung kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, episod lompat parti dilihat lebih mementingkan jawatan daripada parti itu sendiri.

“Lompat parti adalah tindakan yang suci lagi murni. Parti tak penting, yang penting kedudukan dan jawatan tetap terpelihara. Allah selamatkan Malaysia,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Hamzah hari ini berkata, gelaran pengkhianat atau duri dalam daging kepada mana-mana Ahli Parlimen di negara ini selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya timbul kerana matlamat asas kepada penubuhan kerajaan baharu adalah untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Bagi memastikan segala perancangan ini dapat direalisasikan, beberapa ahli parlimen terpaksa berkorban dengan membuat beberapa keputusan yang penting. Ini termasuklah penyertaan Ahli-ahli parlimen tertentu ke dalam parti baru untuk memastikan usaha ini dapat dijayakan.

“Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada mereka adalah pengkhianat ataupun duri dalam daging kepada mana-mana parti yang pernah mereka wakili kerana apa yang lebih penting adalah matlamat untuk menumbangkan PH dan menubuhkan kerajaan baharu tercapai,” kata Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu itu juga berkata, beberapa perbincangan awal telah dibuat dalam kalangan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti yang berkongsi aspirasi sama iaitu untuk menyelamatkan negara agar Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh meneruskan kepimpinannya dengan kerajaan baharu – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Merosakan amanah dianggap suci disokong pula oleh islam pas. Fatwa baru islam pas tidak lagi menjadi munafik. Tapi usaha suci islam pas demi melayu islam buat jahat pun dibolehkan kerana bermatlamat kebaikan. Seumpamalah boleh berzina untok dinikahkan bila orang tangkap nanti. Dan boleh mencuri untok dapat harta nanti boleh pergi haji.

  2. Habis tu kalau dah janji macam2 kat rakyat, rakyat bg amanah supaya tunaikan, tp tak tunaikan. Kata pulak manifesto bukan kitab suci. Tekan rakyat bg rm30 ringgit bantuan petrol. Habis ni tak kira merosakkan amanah ker? Perangai pemimpin cam ini lagi tahik dari perangai adun lompat parti utk pastikan rakyat dapat pemimpin baru yg lebih baik.

Comments are closed.