UNITED KINGDOM – London dipilih sebagai bandar terbaik di dunia bagi penuntut universiti.

Sebelum ini, kedudukan 30 bandar bagi penuntut yang dikeluarkan oleh data analisis pendidikan QS pernah menjadi milik Montreal dan Paris.

Penarafan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk universiti utama di bandar, pasaran pekerjaan, kepelbagaian budaya dan kualiti hidup.

Tetapi London menduduki kedudukan lemah iaitu dari aspek kemampuan.

Kedudukan bandar-bandar universiti, bukannya kualiti institusi, dihasilkan oleh kumpulan pendidikan tinggi QS, yang menerbitkan Kedudukan Universiti Dunia tahunan.

Perbandingan ini termasuk kajian pandangan 50,000 penuntut merupakan cubaan untuk mengenal pasti beberapa tarikan dan kelemaan bandar bagi pelajar.

Institusi pendidikan berkelas dunia yang mendapat perhatian termasuk Kolej Imperial , Kolej Universiti London, Sekolah Ekonomi London dan Kolej Ekonomi London. – MalaysiaGazette