Seramai 77 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Madrasah An-Nuur (MAN) Ke-19 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 77 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Madrasah An-Nuur (MAN) Ke-19 baru-baru ini.

Apa yang menarik, semua graduan itu telah diarak sepanjang tujuh kilometer dengan menaiki 15 buah kenderaan mewah dan 15 buah motorsikal berkuasa tinggi dari kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Pengasas dan pengetua MAN, Noor Effendi bin Hamid berkata,  sejak penubuhan MAN pada tahun 2000, pusat itu telah berjaya melahirkan 579 orang graduan huffaz yang kini sudah melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya di dalam dan luar negara sam ada dalam bidang agama mahu pun bidang profesional.

“Dalam majlis istiadat ini, anugerah guru cemerlang juga telah dilangsungkan di mana Firdaus  Tuah dan Nor Jannah binti Omar telah dinobat sebagai penerima anugerah guru cemerlang dan gigih.

“Selain itu Ustaz Hanafi hamzah, Nazri Tamat dan Marhaini Ahmad juga telah menerima anugerah dalam bidang masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Madrasah An-Nuur adalah madrasah tahfiz yang bukan sahaja mengajar bidang Al-Quran tetapi menyediakan juga pengajian tahap tadika dan juga Sijil Pelajaran Malaysia.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad bertempat di Dewan Kompleks AMAN Kesang Laut Tangkak, Johor.

Sementara itu, Yahya dalam ucapannya memuji usaha yang telah dijalankan oleh MAN dalam mengeluarkan para huffaz sebagai produk insani.

“Ia sekaligus untuk memenuhi keperluan masyarakat bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga akan memenuhi keperluan dalam bidang profesional seperti bidang kedoktoran dan juruterbang,” katanya.

Madrasah An-Nuur adalah madrasah tahfiz yang bukan sahaja mengajar bidang al-Quran tetapi menyediakan juga pengajian tahap tadika dan juga Sijil Pelajaran Malaysia.

Madrasah ini juga menyediakan perkhidmatan umrah dengan mutawwif berpengalaman dan bertauliah dengan kerjasama syarikat Mizwah Travel & Tours.

Untuk sebarang urusan pendaftaran dan sumbangan boleh berurusan di talian +60139865677 atau e mel [email protected]. – MalaysiaGazette