WANGSHINTON – John Young, salah seorang daripada 12 individu yang pernah berjalan di bulan dan komander misi pertama Aeronatik & Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) ke angkasa lepas meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Beliau meninggal Jumaat lalu disebabkan komplikasi pneumonia, demikian menurut Pentadbir NASA.

Agensi berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan di manakah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Angkasawan yang paling lama berkhidmat dalam program angkasa lepas, Young memulakan kariernya sebagai pemandu ujian Tentera Laut Amerika Syarikat.

Beliau merupakan satu-satunya individu yang berjalan di atas bulan dan menjadi juruterbang kapal angkasa serta merupakan satu-satunya manusia yang pergi ke angkasa lepas sebanyak enam kali.

Beliau juga merekod sejarah sebagai satu-satunya manusia yang berjaya menerbangkan dan mengendalikan empat jenis kapal angkasa; Gemini, Apollo, modul lunar dan shuttle.

“Nasa dan seluruh dunia kehilangan seorang perintis sejarah.

“Angkasawan Young mencoret sejarah kerjaya dalam penerbangan angkasa selama tiga generasi,” kata Pentabir NASA, Robert Linghtfood.

Beliau menyertai NASA pada tahun 1962 dan memulakan perjalanan pertama ke angkasa lepas dengan menaiki Gemini 3, pesawat dua penumpang milik agensi tersebut pada 1965.-MalaysiaGazette