Salahuddin Ayub
Dr Mohd Mazri Yahya.

KUALA LUMPUR – Cadangan doktor-doktor kontrak untuk mengadakan hartal pada hari ini adalah hak mereka sebagai pegawai perubatan awam.

Namun, sekarang bukanlah masa terbaik untuk mereka melakukannya, kata Pakar Perunding Pembedahan Am dan Vaskular Hospital Pakar KPJ Johor, Prof Madya, Dr Mohd Mazri Yahya.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan beberapa penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi isu doktor kontrak.

Malah, kerajaan juga memberi komitmen untuk menyelesaikannya untuk jangka masa panjang.

”Kita faham kerajaan memerlukan kajian yang saksama untuk menyelesaikannya, memerlukan penglibatan semua agensi kerajaan bagi menghasilkan satu reformasi kesihatan yang tuntas,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambahan pula, negara kini berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang kritikal dan tindakan doktor-doktor kontrak melakukan hartal akan dilihat sebagai mementingkan diri dan tidak sabar pada mata masyarakat.

”Saya percaya ia boleh diadakan apabila suasana pandemik Covid-19 lebih terkawal. Insya Allah msyarakat akan lebih memahami sekiranya kita tangguhkan ke tarikh selepas kita berjaya mengatasi Covid-19.

Pada masa sama, penangguhan itu tidak membebankan petugas-petugas kesihatan lain.

Namun, ujar beliau, kerajaan perlu melaksanakan reformasi perkhidmatan kesihatan secara serius. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Umpama DUN SABAH sengaja diBUBARKAN utk test power WARISAN…DAN sidang Parlimen diadakan segera…..BILA ramai terkena jangkitan covid 19 Ramailah yang mula Tuding jari dan tidak mengaku angkara mereka.
    sebelum ni ramai yang Sombong dengan ALLAH….tuduh tiada kesan lockdown dan tiada yang boleh dibangga dgn bantuan kerajaan….TETAPI bila terkena BATANG HIDUNG sendiri pandai pula minta bantuan frontliner /hospital kerajaan minta DOA dan DERMA orang ramai
    mereka terus berlagak HERO TAMIL jika kuasa ditangan mereka pasti covid ini sudah selesai…..pegang kuasa 22 bulan sibuk pula kejar jadi PM.

Comments are closed.