Ahli Akademik Universiti of York (tengah) antara yang hilang bersama lapan pendaki di Gunung Aruna Devi, Himalaya sejak 25 Mei lalu.

UTTARAKHAND – Lima mayat pendaki ditemui di atas Banjaran Himalaya selepas dilaporkan hilang sejak 25 Mei lalu.

Pegawai kerajaan India mengesahkan mereka adalah sebahagian daripada lapan pendaki Gunung Nanda Devi yang dicari pasukan penyelamat di kawasan pergunungan sejak Jumaat lalu.

Juruterbang Tentera Udara India berjaya mengesan mayat lima pendaki berkenaan dalam misi pencarian yang telah memasuki hari ketiga semalam.

Martin Moran yang berasal dari Tyneside mengetuai pendakian lapan orang itu cuba menakluk puncak gunung Nanda Devi yang merupakan kedua tertinggi di India dengan ketinggian lebih 7,600 meter di bawah paras laut.

Majistret Daerah Uttarakhand, Dr. Vijay Kumar Jogdande berkata,  tiga mayat telah ditemui di bahagian utara Uttarakhand.

Pencarian itu kemudian ditangguhkan selepas tiupan angin  kencang dan runtuhan salji agak teruk.

Pencarian tiga lagi pendaki yang masih hilang akan dimulakan semula hari ini.

Menurut Vijay Kumar pihaknya sedang berunding dengan tentera India mengenai cara menurunkan mayat para pendaki berkenaan dari gunung tersebut.

Seorang ahli akademik dari Universiti York Richard Payne dikhuatiri antara pendaki yang turut hilang.

Empat lagi pendaki warga British berjaya diselamatkan dan dibawa turun dari base camp kedua gunung tersebut.

Mereka diberi rawatan kecemasan di Hospital Bandar Pithoragarh dan dibenarkan pulang.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pendaki yang terselamat berhubung dengan pendaki yang hilang pada 26 Mei lalu.- MalaysiaGazette