Himpunan Selamatkan Malaysia
Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA – Peranan media dalam menyebarluaskan respon segera daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung sesuatu isu mampu memberi pencerahan serta meredakan masyarakat.

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dapat dilihat terutama terhadap sesuatu propaganda dan berita-berita palsu berkaitan agama Islam yang tersebar di media sosial.

Katanya, ahli media juga boleh dianggap sebagai pendakwah kerana peranannya yang mengajak orang untuk berbuat kebaikan serta mencegah orang daripada melakukan keburukan.

“Alhamdulillah dengan bantuan semua pengamal media yang bertanggungjawab, ia telah banyak membantu saya dan agensi hal ehwal Islam dalam menangani isu-isu agama.

“Cumanya, saya secara peribadi ingin memohon maaf sekiranya ada beberapa ketika berlaku kelewatan di pihak saya untuk memberikan maklum balas kepada media semua kerana dalam
beberapa isu tertentu ada beberapa perkiraan yang perlu diambil oleh saya termasuk untuk mendapatkan gambaran jelas terlebih dahulu daripada agensi selain perlu merujuk kepada stakeholders terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Iftar JPM (Hal Ehwal Agama) Bersama Anak-anak Yatim dan Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hasan.

Menurut Mohd Na’im, media adalah rakan strategik bagi seluruh agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Tambahnya, beliau sentiasa berpesan kepada ketua-ketua agensi hal ehwal Islam untuk sentiasa memberikan maklum balas kepada persoalan yang diajukan pihak media serta berusaha memenuhi permohonan mereka kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

“Oleh kerana itu, saya mengakui akan peranan media amat penting dalam konteks pentadbiran negara.

“Apa juga dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, jika tidak dilaporkan oleh media, masyarakat tidak akan tahu kewujudan dasar dan program berkenaan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here