Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada media pada program 'Jom Ride bersama Bossku' di Podium, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 JANUARI 2019

PETALING JAYA – Menari tidak salah, namun rakyat sudah tentu sedang tertanya-tanya adakah Peguam Negara, Ketua Hakim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuklah peguam menghormati prinsip pelaksanaan pemisahan kuasa. 

Jelas Datuk Seri Najib Razak, ini kerana prinsip itu sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.

MGF20012019_NAJIB RAZAK PODIUM_08

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada program ‘Jom Ride bersama Bossku’ di Podium, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 JANUARI 2019 

“Ini satu prinsip yang berasaskan perlembagaan kita yang menjadi tonggak undang-undang kita, yang diuar-uar kerajaan baharu.

“Bila video itu memperlihatkan mereka menari bersama-sama menimbulkan persoalan sama ada prinsip ini benar-benar menjadi kenyataan dan dihormati mereka.

“Ini menimbulkan tanda tanya rakyat sekarang ini sebab itu saya kata menari tak salah, itu terpulang pada masing-masing yang menjadi kekhuatiran, itu adalah prinsip pemisahan kuasa.

“Walaupun tak ada kesalahan untuk kita menari tapi persepsi rakyat terutama sekali mesti ada pemisahan kuasa di antara Peguam Negara, Ketua Hakim, menteri hakim dan sebagainya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di program Jom Ride On bersama Bossku, di Podium Damansara.

Terdahulu Najib diminta mengulas mengenai penularan video Tommy Thomas, Richard Malanjum, Liew Vui Keong dan peguam kontroversi Siti Kassim berdansa di atas pentas semasa majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Najib berkata, jika sebelum ini Tan Sri Mohamed Apandi Ali pernah dikecam teruk namun kini apabila perkara yang sama berlaku kepada Peguam Negara, beliau membisu. 

“Memang Tan Sri Apandi telah dikecam dulu, jadi kalau dilaksana standard yang sama soalnya kenapa dia (PH) membisu sekarang?,” soal Najib. 

Ekoran insiden itu, beberapa pihak mendesak Tommy dan Richard didesak untuk meletakkan jawatan atau kelayakan mereka dalam institusi kehakiman dilucutkan. -MalaysiaGazette