Bomba mengeluarkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang tidak sedarkan diri dalam sebuah mesin mixer fiber, elepas cuba bersembunyi dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, Rawang , pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui maut di dalam sebuah mesin mixer fiber selepas cuba bersembunyi dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, Rawang Inudstri Estate, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.27 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba segera mengeluarkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang tidak sedarkan diri dalam sebuah mesin mixer fiber.

“Difahamkan, mangsa berada di dalam tempat itu untuk bersembunyi daripada operasi yang dilakukan pihak berkuasa Imigresen, malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

lelaki warga Bangladesh ditemui maut di dalam sebuah mesin mixer fiber selepas cuba bersembunyi dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di Jalan RP 2, Rawang, pagi tadi.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.

Tambah Mohamadul Ehsan, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, seramai lapan anggota dan dua jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi membantu mangsa yang terperangkap dalam sebuah mesin. – MalaysiaGazette