Kekecewaan jelas terpancar pada wajah Lewis Hamilton yang menamatkan perlumbaan di GP Terbuka Australia di tempat kedua pada Ahad lalu.Daily Mail

SYDNEY – Pasukan Mercedes pelumba Lewis Hamilton akan menyiasat gangguan komputer yang didakwa punca pemandu mereka gagal mempertahankan gelaran selaku juara dunia pada musim ini.

Insiden diluar jangkaan itu mengakibatkan Hamilton yang selesa mendahului perlumbaan GP Terbuka Australia di Sydney pada Ahad lalu meletakkan pasukan itu dalam keadaan tertekan.

Perlumbaan itu dimenangi oleh Pasukan Ferrari dan pelumbanya Sebastian Vettel.

Kemasukan kereta kecemaran virtual semasa perlumbaan di atas litar telah digunakan sebaik mungkin oleh pasukan Skuderia Italia melancarkan strategi sulit mengejutkan pesaingnya Mercedes pada pusingan ke-31.

Inkues penyiasatan itu akan dimulakan di pengkalan Oxforshire milik Mercedes di Brackley pada Isnin.

Pasukan itu kini serius dalam memastikan Hamilton tidak dikecewakan lagi pada perlumbaan yang bakal menyusul di terbuka Bahrain.

“Sangat jelas ia adalah masalah akibat kesilapan kami dan kami perlu menganalisa untuk memahami apa yang telah berlaku dan perlu membetulkan segera,” kata Pengerusi Mercedes, Toto Wolff hari ini.

Katanya, Hamilton sangat terkawal semasa di atas litar dan juga berada pada kedudukan terbaik untuk menjuarai aksi pembukaan itu selepas hentian pit pertama dilakukan.

“Malangnya agak sukar untuk menerima apa yang telah berlaku selepas itu.

“Ia memberi pengajaran untuk kami kembali bangkit semula pada perlumbaan seterusnya,” katanya lagi.

Hamilton akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan siasatan itu setelah kesilapan pasukan menyaksikan kejuaraan jatuh ke tangan Vettel.

Pelumba berusia 33 tahun itu kini mahu menebus kekecewaan itu di GP Terbuka Bahrain selepas ini.

‘Kami mempunyai kenderaan terbaik dan masih bergelar juara dunia, dengan beberapa pengubahsuaian kami yakin menang perlumbaan di Bahrain nanti,” tegasnya.

Namun, Hamilton tidak mengambil ringan sikap agresif yang ditunjukkan Ferrari.

“Kami tidak boleh memastikan hala tuju perlumbaan ini sehingga mengharungi empat perlumbaan. Tetapi saya kena mengaku bahawa Ferrari sangat laju di atas litar.

“Mereka (Ferrari ) akan beraksi pada kelajuan maksimum di Bahrain kerana mereka sentiasa luar biasa di atas litar yang panas.

“Di Bahrain ia tidak akan menjadi semudah yang kami inginkan kerana rekod Ferrari di situ terbaik,” tegasnya.- MalaysiaGazette