Messi akan mengakhiri karier bola sepak di Nou Camp

MADRID – Lionel Messi akan mengakhiri karier bola sepak bersama Barcelona.

Presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu menafikan laporan bahawa superstar dunia itu akan meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Josep juga membidas laporan yang mengaitkan pemain Argentina berusia 33 tahun itu gagal menyambung kontrak di Nou Camp dan mengintai cabaran baharu di kelab lain.

Kontrak semasa Messi bersama Barcelona tamat tahun depan.

“Kita sedang berunding dengan majoriti pemain kami tetapi Messi pula menegaskan dia akan kekal bersama kami.

“Kita akan memilikinya untuk tempoh yang agak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Bercelona menang 4-1 ke atas Villareal pada semalam.

Kenyataan itu juga sekaligus meletakkan noktah kepada spekulasi yang mengaitkan Messi dengan Manchester City pada musim depan. – MalaysiaGazette