Helikopter MH-60R, Seahawk.
Helikopter MH-60R, Seahawk.

MEXICO CITY – Bakal Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata, beliau akan membatalkan rancangan pembelian lapan buah helikopter tentera dari Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada langkah pengurangan perbelanjaan, lapor Reuters.

Lopez Obrador yang memenagi pilihan raya presiden pada bulan ini berikrar membenteras rasuah dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan berkata, terdapat perancangan untuk membayar 26 bilion peso (AS$1.36 bilion) untuk helikopter yang akan digunakan oleh tentera laut Mexico.

“Pembelian ini akan dibatalkan kerana kami tidak dapat melakukan perbelanjaan ini, ” kata Lopez Obrador kepada pemberira selepas menemui pengubal undang-undang parti Morena.

Lopez akan memasuki pejabat pada 1 Disember ini.

Pada April lalu, AS berkata, Mexico telah memohon untuk membeli lapan buah helikopter pelbagai misi, MH-60R Seahawk, dan penjualannya mungkin akan memperkukuhkan keupayaan Mexico membasmi organisasi jenayah.

Jabatan Negara AS meluluskan penjualan helikopetr yang dihasilkan oleh Lockheed Martin itu, kata Pentagon.

Kartel dadah telah meningkatkan penghantaran kokain daripada lokasi pengeluaran di Amerika Selatan ke Mexico menerusi laluan laut, menurut para pegawai As dan Mexico.

Setiausaha angkatan tentera laut Mexico tidak memberi ulasan terhadap permintaan yang dilakukan. – Agensi