Instagram Michael Ang.

KUALA LUMPUR – Penampilan terbaharu, Michael Ang yang semakin langsing selepas berat badannya turun sebanyak 52 kilogram rupa-rupanya memberi tekanan kepada pengarah dan pelakon itu.

Ini kerana ada netizen yang kurang senang dengan penampilannya itu mengkritik Michael yang kelihatan tua selepas kurus.

Berang dengan kritikan tersebut, Michael tampil menegur sikap biadap netizen berkenaan.

“Semua akan tua sekurangnya saya sedar diri dan berani tunjuk muka. Dari manusia munafik yang suka komen benda busuk macam hati sendiri tapi tak berani tunjuk muka. Memang kita tua pun. Cara tu betulkan sikit,” katanya di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, individu tersebut kemudian dilihat mengaku salah dan tampil meminta maaf jika membuatkan Michael berkecil hati.

Jelasnya lagi, komen itu hanyalah pandangan peribadi dan tidak bersifat body shaming. – MalaysiaGazette.