Gelagat seorang peserta sepanduk yang tertera " Justice For Adib" pada Himpunan Justice 4Adib di Dataran Seni, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2018

SHAH ALAM – Peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Yahaya Othman tiba di Mahkamah Koroner Shah Alam pukul 8.10 pagi tadi untuk keputusan Inkues punca kematian Muhammad Adib di Mahkamah Seksyen 8, di sini, hari ini.

Turut kelihatan, beberapa pegawai dan anggota bomba yang tiba sekitar pukul 8.20 pagi.

Prosiding keputusan dijangka berjalan pukul 9 pagi nanti.

Sementara itu, para wartawan sudah mula berada di Mahkamah Koroner sejak pukul 7 pagi tadi.

— BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.