Datuk Seri Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 lagu telah disenaraikan tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 November ini.

Dua lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tercalon iaitu Aku Bidadari Syurgamu yang merupakan ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah serta lagu 7 Nasihat hasil nukilan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Selain Siti, dua lagu nyanyian Naim Daniel, Ernie Zakri dan Wany Hasrita turut berjaya melangkah ke SFMM35 bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), (SFMM35) akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, SFMM35 akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Berikut merupakan lagu-lagu yang layak ke SFMM35:

Tahun lalu, AJL34 telah menjulang lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai juara, naib juara menjadi milik Bangun nyanyian Aman RA dan tempat ketiga diraih komposer Hael Husaini dan Ezra Kong menerusi lagu Anta Permana. – MalaysiaGazette